Assalamualaikum wbt,
Ini ada sedikit info tentang perkara-perkara yang perlu anda tahu sebelum renovate kedai, butik dan yang sama waktu dengannya. Disini saya sertakan sekali dengan harga. Harga mungkin sedikit berbeza bergantung kepada kontraktor yang anda pilih. Harap boleh memberi sedikit panduan kepada anda semua.
Anda juga mungkin boleh mengira sendiri kos atau wang yang akan anda labor untuk menhias dan mencatikkan kedai atau butik anda. Selamat membaca.
1.Plaster Siling.
Plaster siling memainkan peranan yang penting untuk menampakkan kedai atau butik anda nampak kemas. Kebiasaannya untuk kedai atau butik sesuai dengan pattern yang rata sahaja supaya kedai anda tidak nampak sarat dan bagus untuk proses pembersihan dan kosnya jugak rendah kalau nak dibandingkan dengan plaster siling yang berpattern.
Cara pengiraan Plaster siling.
Biasa nya pengiraan plaster siling dikira per sqft.
Contoh size lantai kedai anda 20ft x 50ft = 1000sqft
1000sqft x RM4.50 = RM4500
Harga bergantung kepada kontraktor anda. Sila tanya kontraktor anda berapa dia caj untuk 1sqft.
2.Air-conditioner
Setelah plaster siling, perkara yang kedua adalah airconditioner. Ada dua pilihan samada ada mahukan cassette type atau anda mahukan wall mounted unit. Jika butik, kebanyakkanya memilih cassette type kerana ia nampak lebih kemas dan memberi banyak ruang untuk menggantung baju-baju atau melekatkan shelf-shelf.
Harga bergantung kepada brand airconditioner anda.
Nota kaki : Anda wajib alert pasal tambahan cooper pipe.
3. Lampu (down light )
Perkara ketiga yang anda perlu tahu adalah berkenaan dengan lampu. Kalau dah pasang plaster siling pastinya anda kena menggunakan down light. Biasanya anda akan di caj mengikut bilangan point lampu yang hendak dipasang. Kos bergantung kepada unit lampu.
4.CCTV
Perkara keempat yang anda kena masukkan adalah CCTV. Terdapat banyak brand yang berada dipasaran. Harga anda boleh survey. Samada anda hendak kontraktor yang belikan atau anda hendak beli sendiri kemudian kontraktor yang akan pasangkan kalau mereka ada kemahiran untuk pasang.
5. Ok selesai bahagian atas butik anda. Kita beralih pula ke bahagian lantai butik anda. Ada beberapa pilihan kemasan untuk lantai. Samada anda hendak gunakan Laminated flooring, Vynil flooring atau anda hendak pasang tile. Ketiga-tiga punya kelebihan masing. Bergantung kepada kehendak dan kesesuaian butik anda. Harga bergantung kepada kontraktor anda. Cara pengiraan juga sama macam siling. SQFT.
6. Kabinet kaunter, rak, wardrobe.
Cara pengiraan adalah mengikut foot run. Harga bergantung kepada jenis material. Kayu jati, Melamine atau kemasan formica. Mengikut budget dan selera anda.
7. Fitting room, Cermin muka dan wallpaper.
Pun perlu ada dalam butik anda. Bergantung kepada keperluan anda. Nak yang kelas tinggi, sederhana atau biasa. Bergantung pada budget anda.
8. Signboard.
Yang ni penting. Kalau takda, macam mana orang nak kenal butik kitakan. Harga boleh survey dengan kedai percetakan.
Ok itu saja perkongsian saya untuk renovate butik anda. Jika ada yang mahukan sebut harga/ quotation boleh lah wassap atau telefon ditalian 0182902608. Kami sedia berkhidmat untuk anda.
Site vist dan quotation adalah percuma.